Cari Blog Ini

Khamis, 26 Mei 2016

Arifbillah Tuan Guru Sheikh Toyyib al-Makki

Arifbillah Tuan Guru Sheikh Toyyib al-Makki


Tuan Guru Sheikh Toyyib al-Makki merupakan salah seorang daripada ulama' yang sempat bertalaqi dengan al-alamah Sheikh Wan Ismail bin Wan Abdul Qadir al-Fathoni ( Pak Da'eil ) yang merupakan seorang ulama' Makkah yang alim dan faqih tauhid yang mana mempunyai ribuan anak murid di seluruh dunia. Tuan Guru juga sempat bertalaqi dengan beberapa ulama' muktabar Makkah pada ketika itu seperti al-Musnid Dunya Sheikh Yassin Isa al-Fadani, al-alamah Sheikh Abdul Qadir al-Mandiling, al-alamah Sheikh Hassan Masyath dan banyak lagi.

Tuan Guru lahir pada tahun 1912M dan mula menuntut ilmu di pondok di sekitar Kedah dan Fathoni sebelum berangkat ke Makkah. Beliau menetap disana menuntut ilmu dari Masyaikh di sana sehingga kesemua 10 orang gurunya kembali kerahmatullah barulah beliau pulang ke tanah air tetapi kembali ke sana setiap 6 bulan sekali setiap tahun hinggalah kini.

Beliau hanya makan roti dan bihun dan digelar Haji Tayyib Roti di Makkah. Beliau merupakan seorang yang lantang menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran sehinggalah tidak disukai masyarakat setempat namun beliau tetapkan tegakkan kebenaran.

Saya mula mengenali beliau hanyalah pada tahun 2012 melalui Himpunan Ijtima' Ulama' 2012 di Surau Perwaja Gurun Kedah. Bermula saat itulah hati ini menyimpan hasrat bertemu dan belajar dengan beliau dan hasrat diizinkan Allah pada penghujung tahun yang sama..Alhamdulillah...


Beliau tinggal di Kampung Asam Jawa, Baling Kedah di dalam kebun getah yang jarak ke jalanraya sekitar 2km. Bayangkan seorang yang berusia sedemikian melalui jalan tersebut dengan hanya berjalan kaki setiap hari. Rumahnya pula dibina sendiri dan kini telah usang dimamah masa dan kini beliau menetap di rumah baru bersebelahan jalan raya Kg Asam Jawa. Beliau sangat mudah didekati oleh segenap lapisan masyarakat kerana akhlaknya sangat indah. Nasihat dan ilmu yang disampaikan pasti bersesuaian dengan diri orang yang dinasihatinya itu. 

Bahasa-bahasa yang beliau gunakan adakala terlampau sukar difahami disebabkan kiasannya yang tak dapat difahami oleh orang jahil seperti saya. Doa-doanya mustajab dan beliau seringkali menekankan supaya sentiasalah BERSEDEKAH dan BERSELAWAT kepada junjungan besar nabi S.A.W.

Alhamdulillah saya sempat mendapat sedikit sebanyak ilmu dari beliau dan beliau sudi mengijazahkan sebilangan amalan kerohanian. Semoga Allah memelihara dan memanjangkan usianya agar kita semua sempat menemunya dan mengambil barakah dan mutiara yang disimpannya..

Sekian..

2 ulasan:

  1. Assalam tuan,

    Agak2nya 22-23 jul'16 ada tak Arifbillah di rumahnya.

    Ada no tel/hp yg boleh saya hubungi utk bertanya ttg Arifbillah.

    Mekasih...mizi

    BalasPadam
  2. Copy paste :

    إنا لله وإنا إليه راجعون
    Telah kembali kerahmatullah
    Syeikh Toyib Al Makki di Makkah malam ini
    Saya mendapat panggilan dari cucu beliau pada jam 10.30 malam tadi melaporkan Syeikh Meninggal kira kira jam 10.15 malam waktu Malaysia. 28.12.16
    إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ..
    أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار
    Solat jenazah akan dimaklumkam semula.
    Sama sama kita sedekah Al Fatihah buat roh Syeikh Toyib
    Moga ALLAH ampunkan dosa beliau dan tempatkan roh beliau bersama orang beriman.

    BalasPadam