Cari Blog Ini

Rabu, 18 September 2019

Bahaya Jerebu




Apa Itu Jerebu


Kebanyakan kita mungkin sudah lupa apa itu jerebu dan kesannya kepada tubuh badan. Jika kita berada di bangku sekolah, pendedahan terperinci diberikan guru selain pelbagai alternatif digunakan untuk menjaga kesihatan.

Kita, generasi muda dilihat paling ramai tidak memandang serius penjagaan kesihatan ketika negara menghadapi fenomena ini. Sama ada penunggang motosikal tidak memakai penutup hidung (mask) hinggalah anda yang tetap melakukan aktiviti luar meskipun keadaan udara semakin teruk.

Ketika ini, Malaysia dan negara serantau sekali lagi dilanda pencemaran udara atau jerebu dengan teruk sekali. Isu ini ibarat perkara rutin yang muncul setiap tahun tanpa dapat dikawal mahupun dikurangkan.

Mungkin disebabkan ia berlaku secara kerap, kita seakan-akan endah tak endah mengenai hal ini.

Seperti dijelaskan dalam portal Kementerian Kesihatan, jerebu adalah keadaan kualiti udara tidak baik. Ini kerana kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera mengurangkan jarak penglihatan.

Situasi ini disebabkan pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.
Bahan pencemaran yang memberi kesan kepada kesihatan ketika jerebu termasuk bahan partikel yang berukuran kurang daripada 10mm/m3 diameter Ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida.

sumber : apims

Apa Itu IPU

Berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang digunakan di seluruh dunia, terdapat enam tahap yang diklasifikasikan pencemaran udara. Ia bermula dari tahap baik iaitu 0 hingga 50 hinggalah ke tahap bahaya iaitu melebihi bacaan 300.



Bahaya Jerebu

Bukanlah perkara biasa jika kita sesak nafas secara tiba-tiba. Kesukaran bernafas ini disebabkan molekul yang terdapat pada udara terkandung gas beracun yang tidak elok disedut manusia.

Lebih membimbangkan apabila penghidap asma, radang paru-paru lebih berisiko tinggi terdedah kepada masalah sesak nafas.

Hidung adalah saluran utama pernafasan. Namun jika terlalu banyak udara berbahaya disedut ketika jerebu, ia dikhuatiri akan mengakibatkan hidung tidak mampu menapis udara beracun.
Hal ini seterusnya menyebabkan hidung berair seperti selesema dan juga bersin yang kerap.

Terdapat pelbagai jenis penyakit yang berisiko terdedah kepada sesiapa yang terdedah kepada jerebu antaranya terasa gatal di bahagian kerongkong, batuk. kulit terasa gatal, mata gatal dan sakit dada.

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Elakkan Aktiviti Luar

Banyak portal dan tip kesihatan dikongsikan media cetak dan media elektronik. Paling utama, kurangkan aktiviti luar. Sekiranya anda seorang yang aktif dan melakukan rutin bersukan di luar setiap hari, apa kata cuba lakukannya di rumah dan cari senaman terbaik demi kesihatan anda.

Sentiasa gunakan topeng pernafasan apabila keluar rumah. Sebaiknya, kurang­kan merokok kerana asap rokok dan udara yang disedut akan memburukkan lagi tahap kesihatan.

Banyakkan minum air sekurang-kuranya dua liter sehari dan selalulah membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.

Jika simptom buruk berlarutan, dapatkan nasihat perubahan supaya anda dapat jalani rutin harian seperti biasa.

sumber : Harian Metro


DOA KETIKA CUACA BURUK DAN JEREBU KEMBALI MELANDA


اللهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ، وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ، وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ. رَبَّنَا اكْشِفْ عَنَّا الْعَذَابَ إِنَّا مُؤْمِنُونَ.

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya. Dan kami memohon dengan-Mu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya. Wahai Tuhan kami! Lenyapkanlah azab (jerebu) ini daripada kami, sesungguhnya kami orang yang beriman".

sumber : Jakim

Pemakanan Sihat Semasa Berjerebu

Pemakanan yang  sihat  adalah penting  semasa musim berjerebu  untuk mempertahankan  sistem imunisasi badan dan menjauhkan diri kita dari mendapat pelbagai  penyakit yang ada kaitan dengan jerebu .

Air adalah satu keperluan bagi setiap individu. Air diperlukan di dalam badan sebagai pelarut makanan, garam mineral dan vitamin. Air juga diperlukan untuk mengawal suhu badan dan melancarkan peredaran darah.Air penting untuk meningkatkan kadar metabolisma tubuh dan kadar pembakaran lemak .Minum air kosong pada masa tertentu akan membantu meningkatkan kadar metabolisma badan.

Semasa musim berjerebu, cuaca sekeliling yang kering dan panas  akan meningkatkan keperluan tubuh terhadap cecair. Ini  adalah penting untuk menyeimbangi agar suhu badan tidak terus meningkat.

Tingkatkan pengambilan cecair kepada 6 hingga  8 gelas air atau lebih mengikut keperluan untuk mengelakkan dehidrasi.

  • Minum Jus serta makan  buah-buahan  dan sayur-sayuran  yang  kaya dengan  antioksida, vitamin, mineral dan serat   bagi membantu melawan penyakit.

  • Elakkan pengambilan  minuman yang mengandungi banyak kaffein seperti kopi dan minuman beralkohol  yang  boleh menyebabkan pembuangan  air kencing yang  kerap dan boleh menyebabkan  dehidrasi.

  • Pengambilan air suam adalah digalakkan  berbanding  minuman sejuk /berais  kerana  tubuh badan  akan kehilangan   haba  dengan  cepat yang perlu diganti semula.

  • Kurangkan pengambilan makanan yang  menyebabkan  kehausan dan  dehidrasi seperti makanan masin  atau bergaram.

  • Makan pelbagai makanan mengikut keperluan  untuk memastikan tubuh mendapat kesemua zat makanan yang diperlukan.

  • Pastikan  semua makanan dan minuman disediakan dalam keadaan bersih ,dimasak  dan disimpan dalam keadaan yang sesuai  sebelum digunakan untuk mengelakkan keracunan atau pencemaran makanan.

  • Kekal  aktif  di tempat  yang  sesuai ( Dalam bangunan  /rumah)  tetapi  elakkan atau kurangkan  aktiviti di luar  rumah.

  • Elakkan merokok  kerana ianya akan lebih memburukkan keadaan pencemaran udara.

  • Anda digalakkan makan di rumah dan menyediakan sendiri makanan. Jika makan di luar, pilihlah tempat makan yang bertutup atau berada di dalam bangunan. Lebih baik bungkus makanan dan makan di rumah bersama keluarga.



Selasa, 17 September 2019

Kelebihan buah mangga@mempelam

Buah Mangga/Mempelam


Mangga ataupun Pauh merupakan satu gen Mangifera tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari 4 benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.
Terdapat dua keturunan mangga, satu dari India, dan satu lagi dari Filipina dan Asia Tenggara:
  • Pokok-pokok keturunan India tidak tahan kelembapan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna merah terang yang tidak dapat menahan kulapuk. Pokok-pokok ini menghasilkan buah monoembrio berwarna kemerah-merahan yang mempunyai bentuk biasa.
  • Pokok-pokok keturunan Asia Tenggara dapat menahan kelembapan yang berterlaluan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna hijau pucat atau merah yang dapat menahan kulapak. Buah poliembrionya berwarna hijau pucat dan mempunyai bentuk ginjal panjang.

sumber : wikipedia


Khasiat Buah Mangga

Penuaan

Zeaxanthin antioksidan, yang terdapat dalam mangga, menapis sinaran uv yang berbahaya dan memainkan peranan melindungi kesihatan mata dan mungkin juga dapat menangkis kerosakan akibat penuaan.



Pengambilan lebih tinggi (tiga atau lebih hidangan setiap hari) juga telah menunjukkan pengurangan risiko dan tindakbalas yang cepat berkaitan penuaan.


Pencegahan Asma

Risiko diserang asma adalah lebih rendah bagi orang yang menggunakan nutrien tertentu yang tinggi. Salah satu nutrien ini ialah beta-karoten, yang terdapat di mangga, betik, aprikot, brokoli, cantaloupe, labu, dan lobak merah.

Kanser

Diet yang kaya dengan beta-karotena juga boleh memainkan peranan melindungi daripada diserang kanser, menurut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Pemakanan Harvard School of Nutrition dibuktikan dapat mengurangkan serangan kanser prostat dan kajian Jepun membuktikan ia dapat mengurangkan risiko kanser kolon.



Dalam kajian yang dijalankan oleh Texas AgriLife Research, saintis makanan menguji ekstrak mangga polyphenol pada kolon, payudara, paru-paru, leukemia, dan tisu kanser prostat; ekstrak mangga telah menunjukkan tindak balas ke atas semua kanser yang diuji, paling berkesan terhadap kanser payu dara dan kolon.

Para penyelidik merancang untuk melakukan kajian susulan; mereka bercadang memberi tumpuan kepada individu yang berisiko terhadap peningkatan keradangan dalam usus merek yang mana merupakan menjadi risiko tinggi untuk kanser.



Kesihatan Tulang

Pengambilan vitamin K yang rendah dikaitkan dengan risiko keretakan tulang yang lebih tinggi. Penggunaan vitamin K yang mencukupi dapat dicapai dengan memakan pengambilan buah dan sayuran yang sesuai. Vitamin K penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium, penting untuk kesihatan tulang yang optimum.



Pencernaan

Mangga kaya dengan serat dan kandungan airnya, membantu mencegah sembelit dan menjadikan saluran penghadaman yang sihat.



Penyakit jantung

Kandungan serat, kalium, dan vitamin dalam buah mangga membantu menangkis penyakit jantung. Peningkatan pengambilan kalium bersamaan dengan pengurangan pengambilan natrium adalah perubahan diet yang paling penting yang dapat dilakukan seseorang untuk mengurangkan risiko hipertensi mereka.


Kulit dan Rambut

Mango juga hebat untuk rambut anda kerana ia mengandungi vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum yang mengekalkan rambut lembap. Vitamin A juga perlu untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.
Pengambilan vitamin C yang mencukupi, yang terdapat hanya dalam 1 cawan mangga setiap hari, diperlukan untuk membina dan menyelenggara kolagen, yang memberikan struktur kepada kulit dan rambut.

Khamis, 12 September 2019


Khasiat Buah-buahan Tempatan




Kebanyakkan dari kita amat gemar akan buah-buahan tempatan. Malahan ada beberapa jenis buah-buahan tempatan yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Nah! Di sini saya ingin berkongsi khasiat sejenis buah-buahan tempatan yang selalu kita nikmati. Barangkali ia merupakan penyembuh dan pencegah bagi penyakit-penyakit yang sesetengah daripada kita sedang hadapi. Dan yang penting, segala suatu yang Allah S.W.T jadikan pasti ada hikmahnya...

Buah Jambu Batu

Jambu batu atau jambu biji (Psidium guajava Linn) merupakan buah-buahan tropika. Nama saintifik jambu batu adalah dari keluarga "Myrtaceae". Jambu batu banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur.



Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico iaitu di kawasan tropika Amerika. Jambu batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. Di Malaysia kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.

Buahnya berbentuk bujur dengan kulit berwarna hijau muda atau kuning dan mengandungi biji yang boleh dimakan. Apa lagi, daun jambu daun digunakan sebagai teh herba dan ekstrak daun sebagai suplemen.

Buah jambu batu yang kaya dengan antioksidan, vitamin C, kalium, dan serat. Kandungan nutrien yang luar biasa ini memberi mereka banyak manfaat kesihatan.

Berikut adalah 8 manfaat kesihatan berasaskan bukti buah jambu dan daun jambu.





1. Mengawal Tahap Gula Darah :


Beberapa "Tube-Test" dan "Animal studies" mendapati bahawa ekstrak daun jambu betina meningkatkan kadar gula dalam darah, kawalan gula darah jangka panjang, dan rintangan insulin resistance.


Ini adalah berita baik untuk para pesakit diabetes atau mereka yang berisiko.
Beberapa kajian yang melibatkan manusia juga menunjukkan hasil yang mengagumkan.

Satu kajian dalam 19 orang menyatakan bahawa dengan meminum teh daun jambu batu menurunkan tahap gula darah selepas mengambil hidangan. Kesannya berlangsung sehingga dua jam.

Satu lagi kajian dalam 20 orang dengan diabetes jenis 2 mendapati bahawa minum teh daun jambu batu mengurangkan kadar gula darah selepas makan dengan kadar lebih dari 10%.


2. Meningkatkan Kesihatan Jantung :

Ramai saintis percaya bahawa paras antioksidan dan vitamin dalam daun jambu yang tinggi dapat membantu melindungi hati anda dari kerosakan oleh radikal bebas.

Kadar "potassium" dan "soluble fibre" (Larut serat) yang lebih tinggi dalam jambu juga dianggap menyumbang kepada kesihatan jantung yang lebih baik.

Selain itu, ekstrak daun jambu dikaitkan dengan tekanan darah yang lebih rendah, penurunan kolesterol LDL yang "buruk" dan peningkatan kolesterol HDL.
Oleh kerana tekanan darah tinggi dan kolesterol LDL yang tinggi dikaitkan dengan risiko penyakit jantung dan strok yang lebih tinggi, mengambil ekstrak daun jambu batu boleh membawa manfaat yang berharga.Lebih-lebih lagi, buahnya juga mempunyai manfaat untuk kesihatan jantung.

Kajian selama 12 minggu dalam 120 orang mendapati bahawa makan jambu batu masak sebelum mengambil hidangan menyebabkan penurunan keseluruhan tekanan darah sebanyak 8-9 mata, penurunan jumlah kolesterol sebanyak 9.9%, dan peningkatan kolesterol HDL "baik" sebanyak 8%.Kesan yang sama ini telah dilihat dalam beberapa kajian lain.


3. Mengurangkan gejala kesakitan ketika haid :


Ramai wanita mengalami "dysmenorrhea" - gejala sakit haid yang menyakitkan, seperti kram perut.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bukti bahawa ekstrak daun jambu batu boleh mengurangkan kesakitan sakit kesakitan haid.

Satu kajian pada 197 wanita yang mengalami gejala-gejala yang menyakitkan mendapati bahawa mengambil 6mg ekstrak daun jambu jambu setiap hari menyebabkan intensiti kesakitan berkurangan. Ia kelihatan lebih berkuasa daripada beberapa ubat penahan sakit.

Ekstrak daun jambu batu juga dianggap membantu melegakan kejang rahim.



4. Memelihara Sistem Pencernaan Anda :


Oleh itu, makan lebih banyak jambu batu dapat membantu pergerakan usus yang sihat dan mencegah sembelit.


Hanya sebiji jambu batu boleh memberikan 12% daripada pengambilan serat harian anda yang dianjurkan.

Selain itu, ekstrak daun jambu dapat memberi manfaat kepada kesihatan pencernaan. Kajian mencadangkan bahawa ia boleh mengurangkan tempoh cirit-birit.

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa ekstrak daun jambu betina adalah antimikrobial. Ini bermakna ia dapat meneutralkan mikrob berbahaya dalam usus anda yang boleh menyebabkan cirit-birit.




5. Mengurangkan Berat Badan :


Dengan hanya mengandungi 37 kalori di dalam sebiji jambu batu tetapi ia memenuhi 12% daripada pengambilan serat harian anda yang disyorkan kesihatan, jambu batu adalah "Low-calorie Snack"  (makanan ringan rendah kalori).


Tidak seperti "low-calorie snack" yang lain, ia dibekalkan dengan vitamin dan mineral,  jadi anda tidak akan kehilangan nutrien penting disaat memakannya untuk berdiet.




6. Sebagai Anti-kanser Semulajadi :


Ekstrak daun jambu batu telah ditunjukkan mempunyai kesan anti-kanser. "test-tube" dan "animal studies" menunjukkan bahawa ekstrak jambu betina boleh menghalang dan bahkan menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser.


Ini mungkin disebabkan paras antioksidanya yang tinggi menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel, yang mana merupakan salah satu penyebab utama kanser.

Satu kajian tabung uji mendapati bahawa minyak daun jambu adalah empat kali lebih berkesan untuk menghentikan pertumbuhan sel kanser daripada ubat kanser tertentu.

Walaupun hasil eksperimen tabung uji menjanjikan, ini tidak bermakna ekstrak daun jambu dapat membantu merawat kanser pada orang. Kajian lanjut diperlukan sebelum sebarang tuntutan boleh dibuat.



7. Membantu Meningkatkan Sistem Imunisasi Anda :

Tahap vitamin C yang rendah dikaitkan dengan peningkatan risiko jangkitan dan penyakit.


Jambu batu adalah cara yang berkesan untuk mendapatkan nutrien ini, kerana ia merupakan salah satu sumber makanan terkaya vitamin C.


Sebenarnya, sebiji jambu batu memberikan kira-kira dua kali ganda Pengambilan Harian Rujukan (RDI) vitamin C. Ini adalah hampir dua kali ganda jumlah yang anda perolehi dari memakan buah oren.
Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan sistem imun yang sihat.

Ia juga dikaitkan dengan manfaat antimikrob. Ini bermakna ia membantu membunuh bakteria dan virus jahat yang boleh menyebabkan jangkitan.
Kerana vitamin C dikesan mudah dikeluarkan dari tubuh anda, penting untuk anda selalu mendapatkan vitamin c yang cukup melalui diet anda.



8. Baik Untuk Kulit Anda :


Pelbagai vitamin dan antioksida yang terkandung di dalam jambu batu berfungsi memelihara kulit anda. Antioksidannya boleh melindungi kulit dari kerosakan, melambatkan proses penuaannya, dan membantu menghalang kedutan.
Ekstrak daun jambu dapat membantu merawat jerawat apabila digunakan terus ke kulit anda.

Satu "test-tube" mendapati ekstrak daun jambu betina itu berkesan untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat - berkemungkinan disebabkan oleh ciri-ciri antimikrob dan anti-radang yang ada padanya.

Lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan peranan jambu batu dalam mengekalkan kulit yang sihat.

Semoga bermanfaat.

sumber : healthline.com

Khasiat Buah-buahan Tempatan


Kebanyakkan dari kita amat gemar akan buah-buahan tempatan. Malahan ada beberapa jenis buah-buahan tempatan yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Nah! Di sini saya ingin berkongsi khasiat sejenis buah-buahan tempatan yang selalu kita nikmati. Barangkali ia merupakan penyembuh dan pencegah bagi penyakit-penyakit yang sesetengah daripada kita sedang hadapi. Dan yang penting, segala suatu yang Allah S.W.T jadikan pasti ada hikmahnya...

Buah Pisang

Ramai dari kita menyukai buah pisang tetapi adakah kita semua mengetahui akan khasiat yang terkandung di dalamnya. Para ibu-ibu amat kreatif dalam menyediakan juadah menggunakan buah pisang ini, ada yang membuat kerepek, ada yang membuat pisang goreng ( paling glamour ) bahkan yang makan begitu sahaja juga tidak kurang enaknya.

Pisang (nama botani: Musa spp.) Pisang adalah buah-buahan yang boleh dimakan, botani berry, yang dihasilkan oleh beberapa jenis tumbuh-tumbuhan berbunga herba besar dalam genus Musa. Di sesetengah negara, pisang digunakan untuk memasak boleh dipanggil plantains, berbeza dengan pisang pencuci mulut. Buah ini berubah-ubah dari segi saiz, warna dan ketegasan, tetapi biasanya panjang dan melengkung, dengan isi lembut yang kaya dengan kanji ditutup dengan kulit yang berwarna hijau, kuning, merah, ungu, atau coklat apabila masak.

Buah-buahan yang tumbuh dalam kelompok tergantung dari bahagian atas tumbuhan. Hampir semua parthenocarpic yang boleh dimakan (berbiji) pisang moden datang dari dua spesies liar - Musa acuminata dan Pokok Pisang Hutan. Nama-nama saintifik pisang paling diusahakan ialah Musa acuminata, Pokok Pisang Hutan, dan Musa × paradisiaca hibrid Musa acuminata × M. balbisiana, bergantung kepada perlembagaan genom mereka. Lama nama saintifiknya Musa sapientum tidak lagi digunakan.





Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat
Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal. Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana. Oleh itu, pisang wajib digunakan untuk menjaga kesihatan jantung.

Sumber Tenaga
Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh. Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

Menurunkan Berat Badan
Berita baik untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan, pisang adalah jawapannya. Kalori yang rendah menyebakan ia sesuai untuk dimakan kerana dapat membantu menurunkan berat badan.
Mengubati Jerawat
Cara-cara untuk mengubati jerawat dengan menggunakan pisang ialah hancurkan buah pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah jerawat. Biarkan selama beberapa minit dan biersihkan menggunakan air. Ulangi cara ni selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.
Mengurangi Rasa Sakit Ketika Haid
Masalah sakit ketika datang bulan dapat diatasi dengan memakan buah pisang. Perbanyakan memakan pisang sewaktu sedang haid bagi mengurangi kesakitan yang dialami.

Mengubati Sembelit
Pisang dapat digunakan sebagai alternatif rawatan kepada masalah sembelit. Pisang dapat bantu memperlancarkan pembuangan air besar. Pisang berupaya untuk melembutkan najis yang merupakan penyumbang kepada masalah sembelit
Mengatasi Gatal Akibat Gigitan Nyamuk
Masalah kegatalan akibat gigitan nyamuk sangatlah mengganggu. Namun kegatalan itu dapat dikurangkan dengan menggunkan kulit pisang. Caranya, ambil kulit pisang dan sapukan secara perlahan ke bahagian yang terkena gigitan nyamuk.

Meningkatkan Mood
Memakan sejumlah buah pisang bermanfaat untuk membantu menaikkan mood seseorang sehingga mood menjadi stabil dan kurang tekanan.

Bahagian-bahagian Air

Jenis Air

1. Air terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
a) Air Mutlaq:
Air yang suci lagi menyucikan ialah air mutlaq yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.
Air tersebut masih dikatakan air mutlaq walaupun ia sudah berubah disebabkan lama terbiar, disebabkan tanah, lumut dan tempat bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang. Hal ini kerana air itu sukar untuk dielakkan daripada perkara tersebut.
Dalil yang menunjukkan kesucian air mutlaq, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya, seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air. Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan".
Perintah Rasulullah s.a.w. supaya menjiruskan air ke tempat air kencing tersebut adalah dalil yang menunjukkan bahawa air tersebut mempunyai sifat menyucikan.

b) Air Musta'amal:
Iaitu air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain yang mana maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu.
1) Yang dikatakan air Musta'amal pada mengangkatkan hadas ialah basuh kali yang pertama pada mandi atau wudhu' yang wajib dan sudah bercerai daripada anggota.
2) Yang dikatakan air Musta'amal pada menghilangkan najis iaitu jika air itu tidak berubah dan tidak bertambah.
3) Air daripada pokok-pokok dan air buah-buahan seperti daripada pucuk kelapa Yang dibuat nira atau akar-akar kayu.
Air yang berubah ada dua cara :-
1) Berubah dengan Taqdiri - Air yang berubah dengan Taqdiri iaitu air yang berubah hanya pada Taqdir sahaja yang tidak dapat dilihat akan perubahannya.
2) Berubah dengan Hissi - Air yang berubah pada Hissi iaitu berubah air itu dengan sesuatu yang dapat dilihat akan perubahannya.
- Cara mentaqdirkan hukum air yang bercampur dengan sesuatu yang sama rupanya dengan seperti air mawar yang telah hilang bau, rasa dan warnanya.
- pada bau hendaklah ditaqdirkan dengan bau kemenyan Arab.
- pada rasa hendaklah ditaqdirkan dengan rasa delima.
- pada warna hendaklah ditaqdirkan dengan warna anggur.
Jika berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air musta'amal dan jika tidak berubah dengan taqdir ini maka hukumnya air mutlak.
- Air yang bercampur itu ada dua cara:-
1) Majawir
- Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak. -
2) Mukhalit
- Bercampur dengan cara Mukhalit iaitu benda yang masuk ke dalam air itu tidak dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air maka termasuk ke dalamnya nila maka dihukumnya air Musta'amal.
c) Air Musyammas:
Iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya.
Air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak pada pakaian.
Air Musyammas bermaksud air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuih badan menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya. Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud: "Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)

d) Air Mutanajjis:
Air Mutanajis ialah air yang Bercampur dengan cara Mujawir iaitu air yang berubah dengan sebab termasuk di dalamnya dengan sesuatu yang dapat dipisahkan daripada air, contohnya sebuah baldi yang penuh dengan air termasuk di dalamnya sebatang kayu cendana dan kayu itu boleh dipisahkan daripada air tersebut, maka hukum air itu ialah air mutlak.
Terkena najis, sedangkan ia kurang dari dua kolah, atau air yang lebih daripada dua kolah tetapi terkena najis sehingga berubah warna, rasa atau baunya. Air ini tidak boleh digunakan untuk bersuci kerana ia tidak suci dan tidak mensucikan.
Ukuran air dua kolah itu ialah sebagai berikut :-
Kalau dikira dengan tin minyak tanah, maka air dua kolah itu adalah sebanyak 9 2/3 tin
Kalau dikira dengan timbangan, maka berat air dua kolah itu adalah seberat 162.72 kg.
Kalau dikira dengan ukuran tempat empat persegi, maka air dua kolah itu memerlukan tempat yang berukuran 60 x 60 cm.