Cari Blog Ini

Khamis, 12 September 2019

Khasiat Buah-buahan Tempatan


Kebanyakkan dari kita amat gemar akan buah-buahan tempatan. Malahan ada beberapa jenis buah-buahan tempatan yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Nah! Di sini saya ingin berkongsi khasiat sejenis buah-buahan tempatan yang selalu kita nikmati. Barangkali ia merupakan penyembuh dan pencegah bagi penyakit-penyakit yang sesetengah daripada kita sedang hadapi. Dan yang penting, segala suatu yang Allah S.W.T jadikan pasti ada hikmahnya...

Buah Pisang

Ramai dari kita menyukai buah pisang tetapi adakah kita semua mengetahui akan khasiat yang terkandung di dalamnya. Para ibu-ibu amat kreatif dalam menyediakan juadah menggunakan buah pisang ini, ada yang membuat kerepek, ada yang membuat pisang goreng ( paling glamour ) bahkan yang makan begitu sahaja juga tidak kurang enaknya.

Pisang (nama botani: Musa spp.) Pisang adalah buah-buahan yang boleh dimakan, botani berry, yang dihasilkan oleh beberapa jenis tumbuh-tumbuhan berbunga herba besar dalam genus Musa. Di sesetengah negara, pisang digunakan untuk memasak boleh dipanggil plantains, berbeza dengan pisang pencuci mulut. Buah ini berubah-ubah dari segi saiz, warna dan ketegasan, tetapi biasanya panjang dan melengkung, dengan isi lembut yang kaya dengan kanji ditutup dengan kulit yang berwarna hijau, kuning, merah, ungu, atau coklat apabila masak.

Buah-buahan yang tumbuh dalam kelompok tergantung dari bahagian atas tumbuhan. Hampir semua parthenocarpic yang boleh dimakan (berbiji) pisang moden datang dari dua spesies liar - Musa acuminata dan Pokok Pisang Hutan. Nama-nama saintifik pisang paling diusahakan ialah Musa acuminata, Pokok Pisang Hutan, dan Musa × paradisiaca hibrid Musa acuminata × M. balbisiana, bergantung kepada perlembagaan genom mereka. Lama nama saintifiknya Musa sapientum tidak lagi digunakan.





Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat
Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal. Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana. Oleh itu, pisang wajib digunakan untuk menjaga kesihatan jantung.

Sumber Tenaga
Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh. Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

Menurunkan Berat Badan
Berita baik untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan, pisang adalah jawapannya. Kalori yang rendah menyebakan ia sesuai untuk dimakan kerana dapat membantu menurunkan berat badan.
Mengubati Jerawat
Cara-cara untuk mengubati jerawat dengan menggunakan pisang ialah hancurkan buah pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah jerawat. Biarkan selama beberapa minit dan biersihkan menggunakan air. Ulangi cara ni selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.
Mengurangi Rasa Sakit Ketika Haid
Masalah sakit ketika datang bulan dapat diatasi dengan memakan buah pisang. Perbanyakan memakan pisang sewaktu sedang haid bagi mengurangi kesakitan yang dialami.

Mengubati Sembelit
Pisang dapat digunakan sebagai alternatif rawatan kepada masalah sembelit. Pisang dapat bantu memperlancarkan pembuangan air besar. Pisang berupaya untuk melembutkan najis yang merupakan penyumbang kepada masalah sembelit
Mengatasi Gatal Akibat Gigitan Nyamuk
Masalah kegatalan akibat gigitan nyamuk sangatlah mengganggu. Namun kegatalan itu dapat dikurangkan dengan menggunkan kulit pisang. Caranya, ambil kulit pisang dan sapukan secara perlahan ke bahagian yang terkena gigitan nyamuk.

Meningkatkan Mood
Memakan sejumlah buah pisang bermanfaat untuk membantu menaikkan mood seseorang sehingga mood menjadi stabil dan kurang tekanan.

1 ulasan: