Mangga ataupun Pauh merupakan satu gen Mangifera tropika dalam famili Anacardiaceae. Tiada orang yang tahu dengan tepat tentang tempat asalnya, tetapi kebanyakan orang mempercayai bahawa pokok ini berasal dari 4 benua Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk India Timur, Myanmar, dan Bangladesh, selepas rekod-rekod fosil yang wujud sejak 25 hingga 30 juta tahun dahulu telah ditemui di sana.
Terdapat dua keturunan mangga, satu dari India, dan satu lagi dari Filipina dan Asia Tenggara:
- Pokok-pokok keturunan India tidak tahan kelembapan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna merah terang yang tidak dapat menahan kulapuk. Pokok-pokok ini menghasilkan buah monoembrio berwarna kemerah-merahan yang mempunyai bentuk biasa.
- Pokok-pokok keturunan Asia Tenggara dapat menahan kelembapan yang berterlaluan, dan mempunyai tumbuhan baru berwarna hijau pucat atau merah yang dapat menahan kulapak. Buah poliembrionya berwarna hijau pucat dan mempunyai bentuk ginjal panjang.
sumber : wikipedia
Khasiat Buah Mangga
Penuaan
Zeaxanthin antioksidan, yang terdapat dalam mangga, menapis sinaran uv yang berbahaya dan memainkan peranan melindungi kesihatan mata dan mungkin juga dapat menangkis kerosakan akibat penuaan.
Pengambilan lebih tinggi (tiga atau lebih hidangan setiap hari) juga telah menunjukkan pengurangan risiko dan tindakbalas yang cepat berkaitan penuaan.
Pencegahan Asma
Risiko diserang asma adalah lebih rendah bagi orang yang menggunakan nutrien tertentu yang tinggi. Salah satu nutrien ini ialah beta-karoten, yang terdapat di mangga, betik, aprikot, brokoli, cantaloupe, labu, dan lobak merah.
Kanser
Diet yang kaya dengan beta-karotena juga boleh memainkan peranan melindungi daripada diserang kanser, menurut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Pemakanan Harvard School of Nutrition dibuktikan dapat mengurangkan serangan kanser prostat dan kajian Jepun membuktikan ia dapat mengurangkan risiko kanser kolon.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Texas AgriLife Research, saintis makanan menguji ekstrak mangga polyphenol pada kolon, payudara, paru-paru, leukemia, dan tisu kanser prostat; ekstrak mangga telah menunjukkan tindak balas ke atas semua kanser yang diuji, paling berkesan terhadap kanser payu dara dan kolon.
Para penyelidik merancang untuk melakukan kajian susulan; mereka bercadang memberi tumpuan kepada individu yang berisiko terhadap peningkatan keradangan dalam usus merek yang mana merupakan menjadi risiko tinggi untuk kanser.
Kesihatan Tulang
Pengambilan vitamin K yang rendah dikaitkan dengan risiko keretakan tulang yang lebih tinggi. Penggunaan vitamin K yang mencukupi dapat dicapai dengan memakan pengambilan buah dan sayuran yang sesuai. Vitamin K penting untuk meningkatkan penyerapan kalsium, penting untuk kesihatan tulang yang optimum.
Pencernaan
Mangga kaya dengan serat dan kandungan airnya, membantu mencegah sembelit dan menjadikan saluran penghadaman yang sihat.
Penyakit jantung
Kandungan serat, kalium, dan vitamin dalam buah mangga membantu menangkis penyakit jantung. Peningkatan pengambilan kalium bersamaan dengan pengurangan pengambilan natrium adalah perubahan diet yang paling penting yang dapat dilakukan seseorang untuk mengurangkan risiko hipertensi mereka.
Kulit dan Rambut
Mango juga hebat untuk rambut anda kerana ia mengandungi vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum yang mengekalkan rambut lembap. Vitamin A juga perlu untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.
Pengambilan vitamin C yang mencukupi, yang terdapat hanya dalam 1 cawan mangga setiap hari, diperlukan untuk membina dan menyelenggara kolagen, yang memberikan struktur kepada kulit dan rambut.
sumber : medicalnewstoday.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan